Pages

Monday, May 31, 2010

Makanan tradisional kaum Cina


Artikel kali ini saya akan cerita mengenai Makanan tradisional Cina. Kebiasaanya, Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji bijan dan lain-lain. Biasanya bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Ramai masyarakat melayu juga gemar makanan seperti ini.

Selain itu, Makanan tradisional kaum Cina yang lain adalah seperti Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Jiaozi ialah salah satu lagi jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina. Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum dan intinya diperbuat dari pelbagai jenis termasuk inti daging, teripang, udang segar dan sebagainya seperti kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan daging.

Minuman yang biasa diamalkan oleh masyarakat Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang. Tentu banyak lagi Makanan tradisional kaum Cina yang ada di Malaysia. Di harap anda dapatkan kongsikan bagi tatapan generasi pada masa akan datang.

Monday, May 24, 2010

Makanan Tradisional Cina


Makanan Tradisional Cina dikatakan bermula dari pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat, Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ).Kuih bakul, nian gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada pulut. Makanan Tradisional Cina ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Banyak lagi sebenarnya Makanan Tradisional Masyarakat Cina ini. Antaranya adalah seperti Chou Zhi Tou iaitu Sup yang menggunakan herba Chou Zhi Tou dengan direbus menggunakan kaki khinzir. Selain itu, kuih tradisional Peng Bing bagi masyarakat lama dahulu, Guang Bing (Kom Pia) , Gan Pan Mian dan Ding Bian Hu ( sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam )